Amaran ribut petir di Johor, Sabah
BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Johor dan Sabah.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 9 pagi ini.
Ia membabitkan daerah Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.
Sementara di Sabah, membabitkan bahagian Pantai Barat (Ranau), Kudat (Kota Marudu) dan Sandakan (Beluran).
The post Amaran ribut petir di Johor, Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan