Amaran ribut petir di tujuh negeri
BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Keadaan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di tujuh negeri sehingga 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan itu melibat beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Kuala Lumpur.
Di Kedah, empat daerah dijangka terjejas keadaan cuaca buruk berkenaan membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Turut terjejas keadaan sama iaitu daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Sementara di Perak, beberapa kawasan iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar turut mengalami cuaca sama.
Tidak terkecuali daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat. Manakala, dua daerah di Johor (Mersing, Kota Tinggi) juga mengalami hujan lebat dan ribut petir.
Keadaan itu juga menjejaskan bahagian Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat (Kota Marudu, Pitas), Sandakan dan Tawau, Sabah.
The post Amaran ribut petir di tujuh negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan