Arab Saudi enggan keluar visa tujuh pemain catur Israel
RIYADH, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Arab Saudi tidak mengeluarkan visa tujuh pemain catur Israel untuk kejohanan sukan di negara itu, minggu ini.
Pusat Komunikasi Antarabangsa Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, lebih 180 peserta akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Bagaimanapun pihaknya tidak meluluskan visa untuk pemain Israel.
Naib Presiden Persekutuan Catur Dunia (Fide), Israel Gelfer juga memaklumkan, pemain negara Zionis itu gagal mendapat visa untuk menyertai kejohanan catur cepat dan kilat yang akan berlangsung esok hingga 30 Disember depan.
Namun katanya, kejohanan itu akan diteruskan seperti jadual. -Agensi
The post Arab Saudi enggan keluar visa tujuh pemain catur Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan