ismakualaterengganu

Arab Saudi, UAE perkenal cukai baharu VAT 5 peratus

DUBAI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan melaksanakan cukai sebanyak lima peratus ke atas kebanya...

DUBAI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan melaksanakan cukai sebanyak lima peratus ke atas kebanyakan barangan dan perkhidmatan mulai tahun depan.

Menurut laporan Chinadailyasia, rancangan mengenakan cukai berkenaan adalah langkah meningkatkan pendapatan negara, susulan kejatuhan harga minyak dunia sejak tiga tahun lalu.

Cukai tambah nilai atau dikenali sebagai VAT itu akan dikenakan kepada pelbagai jenis barangan termasuk makanan, pakaian, elektronik, petrol, bil telefon, bil air dan elektrik serta tempahan hotel.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dikecualikan daripada VAT seperti sewa, jualan hartanah, ubat-ubatan tertentu, tiket penerbangan dan tuisyen sekolah.

Namun, UAE mengenakan cukai terhadap pendidikan tinggi, dan kos tambahan persekolahan antaranya pakaian seragam, buku, tambang bas sekolah dan makan tengah hari.

Menurut laporan itu, beberapa lagi negara Teluk lain dijangka akan turut mengikut jejak langkah Arab Saudi dan UAE melaksanakan VAT pada masa akan datang.

Akhbar tempatan yang berpangkalan di Abu Dhabi melaporkan, kos sara hidup di UAE dijangka meningkat kira-kira 2.5 peratus mulai tahun depan ekoran pelaksanaan VAT.- Agensi

The post Arab Saudi, UAE perkenal cukai baharu VAT 5 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 9010295570390355562

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item