AS, Israel bantah resolusi kesederhanaan Malaysia

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Selasa – Amerika Syarikat (AS) dan Israel membantah resolusi yang dibentangkan Malaysia pada Mesyuarat Plenari Ke-68 Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Jumaat lalu.

Resolusi mengenai kesederhanaaan itu bagaimanapun telah diterima pakai di Perhimpunan Agung PBB dengan 135 undian menyokong, dan 29 negara menjadi penaja bersama.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tujuan resolusi itu bagi meraih sokongan global untuk menyokong serta mempromosikan kesederhanaan sebagai pendekatan menangani ekstremisme dalam semua bentuk.

“Kejayaan dalam membentangkan Resolusi ini menunjukkan bahawa inisiatif mengenai kesederhanaan yang diperkenalkan oleh Malaysia diterima baik oleh masyarakat antarabangsa secara meluas.

“Melalui Resolusi ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha memperkasa suara kesederhanaan menerusi dialog, toleransi, saling memahami dan kerjasama,” kata kenyataan itu.

The post AS, Israel bantah resolusi kesederhanaan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian