ismakualaterengganu

Assad pengganas, kata Erdogan

ISTANBUL, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melabelkan Presiden Syria, Bashar Al Assad sebagai pengganas y...

ISTANBUL, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melabelkan Presiden Syria, Bashar Al Assad sebagai pengganas yang melakukan keganasan dalam negara.

“Assad sememangnya pengganas yang melakukan keganasan di dalam negara. Adalah mustahil untuk meneruskan kerjasama dengan Assad. Bagaimana kita hendak memperoleh masa depan yang cerah dengan Presiden Syria yang membunuh hampir sejuta rakyatnya?,” katanya Erdogan pada sidang media di Tunis, Tunisia semalam.

Beliau yang sedang mengadakan lawatan ke Tunisia berkata, keamanan tidak akan tercapai di Syria selagi Assad kekal sebagai presiden dan rejim Syria tidak memainkan apa-apa peranan bagi pembentukan politik negara itu pada masa depan.

Penyelidik politik Timur Tengah berpangkalan di Istanbul, Mete Sohtaoglu berkata, kenyataan Erdogan itu adalah mesej kepada Moscow dan Tehran, untuk mendorong mereka menggantikan Assad.

“Bercakap dengan Assad tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah Turki. Mengadakan perbincangan dengan Damascus menyebabkan Amerika Syarikat (AS) menganggap Ankara adalah sebahagian daripada paksi Russia-Iran-Syria.

“Kemudian, AS dan semua pihak yang anti-Assad akan meningkatkan sokongan mereka kepada Unit Perlindungan Syria-Kurdis (YPG),” katanya.

Beliau berkata, tiada pihak yang akan dapat membentangkan pelan politik di rantau itu tanpa sokongan Turki.

“Pada akhirnya, Russia dan Iran akan menghentikan sokongan mereka kepada rejim Assad,” katanya. – Agensi

The post Assad pengganas, kata Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 862188008444730816

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item