ismakualaterengganu

Banjir di Terengganu kembali pulih

BANGI, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Keadaan banjir di Terengganu kembali pulih hari ini apabila kesemua pusat pemindahan telah ditutup har...

BANGI, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Keadaan banjir di Terengganu kembali pulih hari ini apabila kesemua pusat pemindahan telah ditutup hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Che Adam Abdul Rahman berkata, keadaan cuaca baik sejak semalam membolehkan semua mangsa banjir yang terpaksa berpindah kembali ke kediaman masing-masing.

Katanya, semua pusat pemindahan telah ditutup, termasuk yang terakhir iaitu di Pasir Putih Marang, menjelang tengah hari ini.

“Namun Bilik Gerakan Bencana Negeri masih beroperasi, dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila hujan lebat kembali berterusan di beberapa kawasan petang ini,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Khamis sehingga Ahad ini.

Keadaan itu sekaligus dijangka mencetuskan gelombang kedua banjir berikutan fenomena air pasang besar di beberapa negeri.

The post Banjir di Terengganu kembali pulih appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8097188857293743418

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item