Bantah Trump: Jumlah kematian rakyat Palestin meningkat

BAITULMAQDIS, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Seorang penduduk Palestin terbunuh ditembak tentera rejim Zionis ketika menyertai demonstrasi di Semenanjung Gaza menjadikan angka terkorban meningkat kepada 12 orang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra melaporkan mangsa terbaru ini dikenali sebagai Sharaf Shalash, 28 tahun, meninggal dunia semalam akibat mengalami luka yang teruk kesan daripada tembakan.

Menurutnya, mangsa ditembak pada Ahad lalu ketika menyertai demonstrasi di Timur Jabalia membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sementara itu, menurut sumber, dua pemuda Palestin juga dilaporkan ditembak mati ketika tunjuk perasaan, kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Zakaria al-Kafarneh maut ditembak di timur Jabalia, manakala Mohammed Nabeel Mohaizen terbunuh di timur Gaza. -Agensi

The post Bantah Trump: Jumlah kematian rakyat Palestin meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian