Banteras jualan rokok atas talian

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) buat pertama kalinya telah mengambil tindakan undang-undang pada 20 Disember 2017 terhadap seorang pemuda berusia 23 tahun di atas penjualan hasil tembakau di atas talian melalui laman media sosial (Facebook).

Kesihatan adalah aset kepada individu, keluarga dan masyarakat. Individu, keluarga dan masyarakat yang sihat pula merupakan aset negara yang tinggi nilainya. Budaya merokok di kalangan rakyat Malaysia hanya akan merosakkan aset tersebut.

Berdasarkan kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia pada tahun 2011, prevalen merokok dikalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas adalah sebanyak 23.1% atau seramai 4.7 juta orang dan ini menunjukkan bahawa perokok adalah golongan minoriti di mana hak majoriti rakyat yang tidak merokok adalah lebih berkuasa.

Oleh demikian, usaha untuk membanteras gejala merokok perlu dilaksanakan dengan lebih agresif dan usaha tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.

Tindakan bersepadu seperti aktiviti penguatkuasaan, pendidikan kesihatan melalui kempen media, aktiviti out-reach kepada kumpulan sasar dan kenaikan cukai perlu terus diperkasakan. Namun demikian, penglibatan masyarakat adalah faktor utama yang perlu difokuskan.

Menolak budaya merokok, mengurangkan permintaan terhadap aktiviti merokok serta mencegah pengiklanan dan promosi rokok perlu didokong oleh masyarakat.

Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) menggesa agar pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan serta masyarakat Malaysia memandang serius isu penjualan rokok secara atas talian untuk merealisasikan objektif menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

Penyalahgunaan media untuk tujuan promosi & penjualan rokok adalah bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Tembakau (Pindaan) 2017.

Keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman denda RM6000 atau 6 bulan penjara kepada tertuduh perlu dijadikan pengajaran kepada masyarakat supaya penjualan sedemikian tidak menular.

Capaian di laman media sosial adalah lebih meluas dan ini memudahkan kepada pemilikan hasil tembakau oleh semua pihak termasuklah golongan remaja. Lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan adalah serendah RM11 sahaja.

Tiada rokok, tiada perokok.

Dr Ahmad Farid Nazmi Bin Abdul Halim
Ketua Unit Kawalan Rokok/Vape
I-Medik

The post Banteras jualan rokok atas talian appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian