Bapa dipenjara 115 tahun, 24 sebatan rogol anak

KUANTAN, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Sanggup merogol anak sendiri, seorang nelayan menerima hukuman penjara 115 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Lelaki berusia 53 tahun itu berasal dari Kampung Tebat, Pekan dikatakan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya, antara Oktober 2013 sehingga Oktober lalu.

Dia dihadapkan ke mahkamah di atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram dan tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang kini berusia 20 tahun, dalam dua prosiding berasingan.

Memetik sumber Berita Harian, di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Datuk Unaizah Mohd menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan sumbang mahram dengan merogol anaknya pada 20 Oktober 2013 dan 24 Oktober 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah rakit di tepi Sungai Pahang, Kampung Tebat kira-kira jam 8.30 malam manakala pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hassim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Manakala di Mahkamah Sesyen 4 pula, Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 75 tahun dan 30 sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga tuduhan merogol anak kandung yang sama pada 14 dan 22 September lalu serta 3 Oktober lalu di lokasi sama serta waktu sama dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, hukuman sebatan ke atas tertuduh dikurangkan berikutan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seseorang pesalah hanya boleh disebat maksimum 24 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.

Menurut laporan kes, anak sulung membuat laporan polis pada 13 Disember lalu setelah melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dirogol oleh bapa kandung sejak empat tahun lalu.

The post Bapa dipenjara 115 tahun, 24 sebatan rogol anak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian