ismakualaterengganu

‘Berperang’ mempertahankan Baitulmaqdis: Jakim

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak segenap lapisan rakyat Malaysia ‘berperang’ mempertah...

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak segenap lapisan rakyat Malaysia ‘berperang’ mempertahan dan memberi sokongan padu terhadap usaha pelbagai pihak, dalam apa jua cara, bagi memastikan Baitulmaqdis tetap dimiliki umat Islam.

Menerusi khutbah Jumaat hari ini, Jakim berkata, umat Islam adalah pemegang amanah pemerintahan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

“Hanya pemerintahan Islam yang dapat memberi hak dan keamanan kepada semua pihak mengikut hukum Islam. Dalam sejarahnya yang diketahui umum, Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa pernah ditakluk oleh tentera Salib.

“Sehinggalah hampir seratus tahun di bawah kawalan mereka, Sultan Salahuddin al-Ayyubi daripada bangsa Kurdish berjaya membebaskannya setelah menyatukan umat dan berjihad atas nama Islam,” kata Jakim.

Kini, kata Jakim, Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa ditakluk oleh kumpulan Zionis Yahudi yang berjuang menegakkan negara Yahudi Israel untuk mengembalikan semula kerajaan Nabi Sulaiman AS atas asas cerita karut Israiliyyat, sekali gus dengan matlamat mengukuhkan Freemason dan Zionis.

“Mereka berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan penipuan melalui Perjanjian Balfour 1917 dan Perjanjian Sykes-Picot 1916,” kata Jakim.

Khutbah juga menegaskan bahawa setelah berjaya memecahbelahkan umat Islam atas perbezaan kaum dan mazhab, Zionis Yahudi berjaya menubuhkan negara mengikut peta yang dilakarkan oleh mereka sendiri.

“Walaupun Allah menjanjikan Islam tetap dipelihara oleh-Nya, tetapi ketahuilah bahawa tanggungjawab memelihara Islam merupakan kewajipan kepada manusia yang beriman dan hamba-hamba Allah. Allah SWT telah memberi amaran melalui Surah al-Taubah ayat 39:

“Maksudnya: Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepada-Nya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,” kata Jakim.

BACA KHUTBAH PENUH JAKIM

The post ‘Berperang’ mempertahankan Baitulmaqdis: Jakim appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4120569990878903640

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item