ismakualaterengganu

Bicara kes ustaz pukul pelajar 6 Februari

KAJANG, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 6 dan 7 Februari depan untuk perbicaraan kes seorang ...

KAJANG, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 6 dan 7 Februari depan untuk perbicaraan kes seorang ustaz yang menghadapi pertuduhan mencederakan seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun, dengan memukul kedua-dua kakinya dengan rotan.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu selepas kes Muhammad Adib Abd Halim, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS) disebut di hadapannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan perubatan awal mangsa kepada pihak pembelaan pagi ini.

Beliau juga berkata, pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi termasuk pengadu iaitu ibu pelajar itu, doktor dan pegawai penyiasat kes itu pada perbicaraan.

Pada 28 Ogos lepas, Muhammad Adib didakwa mencederakan pelajar darjah lima itu di sebuah sekolah, di Bandar Seri Putra, di sini, pada 16 Ogos lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) hadir untuk memberi sokongan kepada OKS. -Bernama

The post Bicara kes ustaz pukul pelajar 6 Februari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5571901749079874391

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item