ismakualaterengganu

Budak maut terkena tembakan, remaja dan bapa ditahan

ALOR SETAR, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya bagi membantu siasatan kes seorang...

ALOR SETAR, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya turut merampas selaras senapang patah daripada mereka.

“Berdasarkan temu bual dengan saksi, kami percaya kanak-kanak perempuan itu terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh remaja lelaki tersebut.

“Difahamkan senapang itu adalah milik moyang remaja lelaki berkenaan yang dibawa balik oleh bapanya yang berusia 50 tahun bagi tujuan menembak tupai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, senapang itu mempunyai lesen yang sah dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 11 pagi tadi, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin yang sedang menonton televisyen di rumah datuknya maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah. – Bernama

The post Budak maut terkena tembakan, remaja dan bapa ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3257235025685911791

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item