Cuti umrah penjawat awam 7 hari mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Dis, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

“Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya,” menurut pekeliling itu.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka. – Bernama

The post Cuti umrah penjawat awam 7 hari mulai 1 Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian