Daesh: Senjata api diseludup untuk dibawa ke Malaysia, transit di Thailand
BANGKOK, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pemuda yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Pakistan, kerana menyeludup senjata api, dalam perjalanan Malaysia, lapor The Bangkok Post.
Seorang sumber risikan tentera memberitahu, suspek menuju ke Malaysia, menggunakan Thailand sebagai transit, dan dia tidak berniat untuk berada di Bangkok.
“Destinasi terakhirnya bukannya Thailand tetapi Malaysia. Dia berada di Thailand untuk transit ke Malaysia,” kata sumber itu.
Al Muhd Alfie Kqhyriel, 20, ditahan ketika sedang menunggu untuk menaki pesawat Thai Airways penerbangan TG342 ke Bangkok pada Sabtu lalu.
Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.
Sumber risikan itu turut mengakui pihak berkuasa Malaysia telah memberi amaran kepada para pegawai Thailand mengenai kemungkinan serangan Daesh di rantau itu ketika sambutan Krismas.
“Malaysia bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci di mana dan bagaimana serangan tersebut akan terjadi.
“Bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia ada menyebut tentang pelbagai kemungkinan, termasuk serangan di kawasan orang ramai atau rampasan, ” kata sumber itu lagi.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tangkapan Muhd Alfie yang berasal dari Sarawak, dan siasatan awal mengesyaki suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh. – Agensi
The post Daesh: Senjata api diseludup untuk dibawa ke Malaysia, transit di Thailand appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan