ismakualaterengganu

Dakwa Perlembagaan sekular, MCCBCHST nafi konsep Raja-Raja bertunjang Islam: UMMAH

Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Dakwaan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malay...

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Dakwaan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) bahawa Perlembagaan kononnya diasaskan atas prinsip sekular adalah tindakan biadab yang tidak bertanggungjawab, serta menafikan konsep kedaulatan Raja-Raja Melayu bertunjangkan Islam.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, Perlembagaan mempunyai karekter tersendiri yang mendukung kedaulatan berkonsepkan Raja-Raja Melayu dan bercirikan ajaran Islam seperti diperuntukan oleh Perkara 181(1) dan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Lantaran itu, Islam didaulatkan sebagai agama bagi Persekutuan; Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melafazkan sumpah menurut prinsip Islam bagi melindungi pada setiap masa agama Islam; kebebasan beragama diberikan kepada orang-orang Islam termasuklah untuk mengamal, menyebar dan menguatkuasakan undang-undang Islam di mahkamah; dalam pada kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing turut dijamin bagi para penganut agama-agama bukan Islam.

“Kerangka undang-undang di atas secara jelas mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan berkarakter Islam dan itulah kedudukan tertinggi yang dijunjung oleh Perlembagaan negara. Tidak sekali pun istilah ‘sekular’ atau prinsip bagi memisahkan ketatanegaraan dengan agama Islam, ada disebut dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Aminuddin berkata demikian mengulas kenyataan MCCBCHST yang mendakwa sekularisme sebagai asas kehidupan harmoni bagi semua rakyat di Malaysia.

Pertubuhan itu dilaporkan membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Kabinet dianggotai hanya pemimpin Melayu beragama Islam sahaja demi kedaulatan Islam di Malaysia.


UMMAH juga menyeru semua pihak untuk menghormati sejarah perundangan dan jati diri watan Tanah Melayu yang menjadi teras dalam penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Ditegaskan bahawa Ketatanegaraan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 itu bukanlah dicipta oleh Suruhanjaya Reid semata-mata. Ia adalah pelestarian unsur-unsur watan yang terdiri daripada Islam, raja-raja Melayu, hak-hak bangsa Melayu dan kedudukan bahasa Melayu seperti terakam dalam Perjanjian Negeri 1948 dan semua perlembagaan Negeri-negeri Melayu.

“UMMAH ingin menegaskan bahawa rundingan kaum yang berlaku selepas penubuhan Suruhanjaya Reid itu adalah proses untuk membolehkan Raja-raja dan orang-orang Melayu membuka kerakyatan kepada kaum penghijrah.

“Berdasarkan aspek-aspek di atas, semua pihak tidak wajar mempertikai kedudukan raja-raja sebagai pihak berkuasa yang menginstitusikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia yang ada pada hari ini.

“Pada masa yang sama, semua pihak wajib akur bahawa Islam itu adalah agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu juga ciri kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya.

The post Dakwa Perlembagaan sekular, MCCBCHST nafi konsep Raja-Raja bertunjang Islam: UMMAH appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6042379577307517731

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item