David Orok jelmaan Ahok hina umat Islam Malaysia

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap kebiadaban Padri Kristian, David Orok yang membuat tafsiran salah ayat suci al-Quran dan menghina umat Islam, kata Pengerusi Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim.

Orok semalam menuduh umat Islam yang membantah pencabulan rejim Zionis Israel ke atas Palestin sebagai murtad dan iblis, kerana kononnya telah menolak kehendak al-Quran.

Menulis dalam Facebooknya, pemimpin parti STAR Sabah itu memetik ayat 58 surah Al-Baqarah, surah An-Nisa’ (ayat 154) dan surah Yunus (ayat 93), ketika membuat tuduhan itu.

Dia mendakwa al-Quran telah menyatakan bahawa Allah menyerahkan pemilikan tanah suci tersebut kepada orang Israel dan bukannya kepada rakyat Palestin.

Menyelar kenyataan itu, Ustaz Omar menyifatkan Orok sebagai jelmaan ‘Ahok’ Indonesia.

“Inilah Ahok Malaysia. Seperti mana Ahok Indonesia mentafsirkan ayat 51 surah Al Maidah dengan melulu dan salah, akhirnya dia dihukum.

“Jadi, Ahok Malaysia ini juga perlu dihukum kerana membuat tafsiran yang salah berkaitan ayat al-Quran. Dia perlu ditahan atas kesalahan menghasut. Kita kecam kebiadaban ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang jelas tafsiran ‘Ahok Malaysia’ ini terlalu menyimpang dan menampakkan kebodohan dirinya.

“Apakah tidak mengiktiraf Israel itu murtad? Sedangkan semua tahu, Israel yang merampas tanah umat Islam.

“Bahkan dia langsung tiada autoriti untuk menterjemah ayat al-Quran. Jika para asatizah pun perlu mendapatkan tauliah, bagaimana mungkin dia sewenang-wenangnya memetik beberapa potong ayat dan kemudian membuat tafsiran yang jauh menyeleweng. Apa sebenarnya tujuan paderi ini?,” katanya.

Orok pernah dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 15 September 2015, kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam Facebooknya.

Dia yang dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, pada mulanya tidak mengaku salah, tetapi menukar pengakuannya. Ketika memohon hukuman dikurangkan, peguamnya mendakwa Orok menyesali perbuatannya dan telah memohon maaf.

Orok juga sebelum ini membuat kenyataan bahawa Nabi Ismail adalah anak luar nikah Nabi Ibrahim. Dia mendakwa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian.

The post David Orok jelmaan Ahok hina umat Islam Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian