Demi tanggungjawab, posmen redah banjir cari penerima

 

BANGI, 12 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Meskipun terpaksa meredah banjir, tanggungjawab menghantar surat dan barangan kepada penerima tetap perlu dilaksanakan.

Mohd Zamri Arifin yang bertugas sebagai posmen sejak lebih 20 tahun berkata, tugasan ketika waktu banjir amat mencabar.

Katanya, dia pernah meredah air separas lutut dengan motosikal untuk menghantar surat.

Bagaimanapun, dia terpaksa berpatah balik akibat jalan terputus hubungan, dan menolak motosikal kerana enjin tidak hidup.

“Tetapi, itu adalah pengalaman biasa yang dialami dia dan rakan-rakan lain ketika bertugas menghantar surat di sekitar beberapa kampung di Chabang Empat, Tumpat Kelantan,” katanya seperti dilapor portal berita tempatan.

Mengulas mengenai kaedah lain yang digunakan posmen ketika musim banjir katanya, bagi kawasan yang tenggelam atau langsung tidak boleh dilalui, mereka biasanya akan mencari penerima di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Jika tidak bertemu mereka di PPS, urusan menghantar akan disambung selepas air mulai surut dan sudah boleh dilalui,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya sudah habis ikhtiar, posmen akan menghubungi untuk berjumpa penerima.

“Ikhtiar terakhir adalah wakil pos akan menghubungi penerima sendiri untuk datang mengambil di pejabat pos jika kawasan itu dinaiki air,” katanya.

The post Demi tanggungjawab, posmen redah banjir cari penerima appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian