Dua pejuang Palestin terkorban dalam letupan di Gaza

GAZA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Dua anggota sayap bersenjata Palestin telah disahkan terkorban dalam satu letupan berhampiran utara semenanjung Gaza, semalam.

Dua pejuang yang terkorban itu dikenali sebagai Hussein Ghazi Nasrallah, 25 dan Mustafa al-Sultan, 29 tahun.

Menurut sumber, kedua-duanya adalah antara individu daripada unit kejuruteraan kumpulan Jihad Islam yang terkorban dalam letupan yang tidak diketahui puncanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin pada awalnya berkata, dua pejuang berkenaan telah menjadi sasaran serangan Israel ketika menunggang motosikal.

Namun, rejim zionis segera menafikan bertanggungjawab di atas kejadian letupan berkenaan seperti dakwaan pihak berkuasa. -Agensi

The post Dua pejuang Palestin terkorban dalam letupan di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian