Dua strategi PAS hadapi PRU13

BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – PAS menetapkan dua strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua strategi itu ialah sama ada menguasai kerajaan atau mampu mempengaruhi kerajaan, katanya.

“Bagi mencapai hasrat itu PAS bersama rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera yang disertai Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen.

“Jumlah kerusi itu secara terperinci belum ditentu lagi tetapi mungkin PAS akan bertanding lebih banyak.

“Jumlah 130 kerusi itu adalah dicampur rakan-rakan NGO yang ada hubungan dengan kita dalam Gagasan Sejahtera,” katanya kepada media selepas menyampaikan Kulian Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam.

Memetik laporan Harakah, beliau berkata, PAS juga sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa dan hanya menunggu pembubaran Dewan Rakyat.

The post Dua strategi PAS hadapi PRU13 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian