Empat maut, 19 cedera kereta api rempuh bas sekolah
MILLAS, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Empat kanak-kanak maut manakala 19 lagi cedera selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah kira-kira 18 kilometer barat bandar Perpignan berdekatan sempadan Sepanyol, semalam.
Menurut laporan, bas berkenaan membawa 20 pelajar berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun dari sekolah menengah tempatan sebelum dirempuh kereta api.
Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe dikatakan bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan berkenaan kemalangan terbabit.
“Proses untuk mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu amat sukar,” katanya.
Difahamkan, empat helikopter digunakan untuk menghantar seramai 95 petugas kecemasan ke lokasi kejadian. -Agensi
The post Empat maut, 19 cedera kereta api rempuh bas sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan