ismakualaterengganu

Enam maut angkara pengebom bunuh diri

KABUL, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam orang awam maut apabila pengebom bunuh diri meletupkan dirinya berhampiran Age...

KABUL, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam orang awam maut apabila pengebom bunuh diri meletupkan dirinya berhampiran Agensi Perisikan Kebangsaan Afghanistan, semalam.

Pengebom bunuh diri itu dipercayai anggota kumpulan pengganas Daesh.

Serangan berlaku seminggu selepas militan Daesh mengaku bertanggungjawab menyerang kemudahan latihan Direktorat Keselamatan Kebangsaan di Kabul.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, enam orang awam yang berada dalam sebuah kereta maut sebaik penyerang meletupkan diri.

“Mangsa yang menaiki sebuah kereta diserang ketika melalui kawasan itu. Kami masih menyiasat sasaran sebenar serangan berkenaan,” katanya. – Agensi

The post Enam maut angkara pengebom bunuh diri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3613646388958476041

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item