Feminisme dakwa peranan wanita sebagai ibu, isteri tak penting: Dr Hazlin Chong

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Institusi rumah tangga akan runtuh sekiranya ideologi feminisme dibiarkan berleluasa.

Hal ini kerana antara seruan feminisme ialah menghapuskan peranan asal lelaki dan wanita (gender role).

Pembentang tajuk ‘Women’s Right: With or Without Feminism’ di persidangan wanita IMEC 2017, Dr Nur Hazlin Hazrin Chong berkata, feminisme membawa impak negatif kepada institusi keluarga dan masyarakat dan ia wajar disekat.

“Peranan wanita di rumah sebagai ibu, isteri dan pengurus rumah tangga, suami sebagai ketua keluarga ini, mahu dirungkai oleh golongan feminis.

“Mereka kata wanita bekerjaya tak perlu lagi berperanan sebagai ibu dan isteri di rumah. Apabila ini berlaku, kita akan lihat kesan negatif terhadap keluarga itu sendiri.

“Masalah sosial akan berlaku, zina dan pornografi berleluasa, anak-anak akan terabai dan masyarakat sendiri akan rugi,” katanya yang juga Pengerusi Pusat Dakwah dan Kecemerlangan Islam Peace (PEACE) kepada Ismaweb semalam.

Dr Hazlin dalam pembentangannya kepada 250 peserta sebelum itu menyentuh sejarah perkembangan feminisme khususnya di Malaysia dan isu-isu semasa yang berkaitan hak wanita dan feminisme.

Katanya lagi, Barat mempunyai kerangka hak asasi manusia dan hak wanita tersendiri yang sesetengahnya bercanggah dengan hukum Islam.

“Mereka (Barat) merujuk kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Kita sebagai orang Islam menghadapi konflik apabila sesetengah perkara berlawanan dengan syarak.

“Contohnya, kebebasan bergerak ke sana sini bagi wanita. Freedom of movement. Mereka kata wanita bebas bergerak. Islam kata, boleh, tapi mesti ada izin suami.

“Apabila konflik ini berlaku, kita perlu mengutamakan hukum Islam. Tak perlu lagi menggunakan instrumen yang digunakan Barat,” katanya. 

Setiausaha pertubuhan International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)  itu juga merujuk kepada konvensyen antidiskriminasi terhadap wanita (CEDAW) yang menetapkan umur tertentu bagi anak gadis untuk berkahwin, sedangkan menurut Islam, mana-mana perempuan boleh berkahwin setelah akil baligh dan mendapat izin wali.

“Apabila konflik sebegini berlaku, sudah tentu kita memilih Islam, tapi feminisme akan memujuk supaya kita menolak hukum Islam.

“Betul kita mahukan hak wanita terpelihara tapi kita tak perlukan feminisme kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan,” katanya lagi.

Warna-Warni IMEC 2017 (38 gambar menarik)

Wanita Malaysia contoh terbaik untuk dunia Islam: Dr Elmira Akhmetova

Tertekan? Masuk dapur, basuh pinggan, ‘stress’ hilang, kata Ketua Wanita Isma

IMEC 2017 jawab salah faham kedudukan wanita dalam Islam, tamadun dunia

The post Feminisme dakwa peranan wanita sebagai ibu, isteri tak penting: Dr Hazlin Chong appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian