ismakualaterengganu

Fenomena Supermoon esok

  WASHINGTON, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon di mana Bulan akan kelihatan lebih besar d...

 

WASHINGTON, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon di mana Bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih cerah di langit ketika ia bergerak lebih dekat ke Bumi esok.

Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, ia akan kelihatan kira-kira 7 peratus lebih besar dan 15 peratus lebih cerah, walaupun perbezaan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Katanya, masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pukul 08:45 (GMT) 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi.

Sementara itu, Persatuan Astronomi Diraja, Robert Massey berkata, ia akan kelihatan paling terang pada tengah malam – ketika berada di titik tertinggi di atas ufuk.

Fenomena Supermoon berlaku apabila bulan berada pada kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan ia kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa namun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.

Pada tahun lalu, Bulan membuat pergerakan terdekat dengan Bumi sejak tahun 1948.

Ia dilaporkan tidak akan menjadi sedekat itu lagi sehingga 25 November 2034. – Agensi

The post Fenomena Supermoon esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 752172435150066783

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item