ismakualaterengganu

Hala tuju pendidikan negara: Ustaz Mohd Azizee

1. Dasar dan Falsafah Pendidikan perlu kembali kepada perkara asas yang terangkum dalam Penyata Razak 1956 yang menjadi ordinan pelajaran 19...

1. Dasar dan Falsafah Pendidikan perlu kembali kepada perkara asas yang terangkum dalam Penyata Razak 1956 yang menjadi ordinan pelajaran 1957.

2. Soal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dipertahankan kerana ia termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan negara.

3. Dasar yang cantik tetapi pelaksanaan lemah akan bawa kegagalan sebagaimana dasar PPSMI, DLP dan penggredan peperiksaan.

4. Campur tangan politik dan perubahan dasar dengan bertukar menteri menyebabkan kegagalan sistem pendidikan.

5. Isu perpaduan dan mewujudkan sekolah satu aliran berteraskan semangat Malaysia belum berjaya.

6. UEC telah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan dan ini melebarkan lagi jurang pendidikan antara kaum bahkan sekolah kebangsaan tidak mendapat tempat kaum Cina.

7. Kerajaan terlalu tunduk kepada desakan kaum Cina dan India yang mengakibatkan pendidikan anak bangsa tergadai dari sudut penerimaan biasiswa, penempatan kemasukan dan penerusan belajar di universiti ternama.

8. Jarak yang semakin jauh antara pelajar aliran sains dan aliran sastera. Pelajar jurusan sains semakin merosot disebabkan pelaksanaan dasar yang tidak ambil kira kepentingan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan politik.

9. Dasar pendidikan perlu menjaga kepentingan pelajar Bumiputera dan Melayu.

10. Penekanan pendidikan Islam dan J-QAF perlu dihidupkan semula di sekolah- sekolah . Kerajaan tidak konsisten di dalam isu ini.

11. Guru perlu hayati kembali dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan dan menjadi pendidik murobbi .

12. Cabaran pendidikan generasi sekarang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Perlu kuasai pelbagai ilmu dan kemahiran.

Ustaz Mohd Azizee Hasan
Pengerusi Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-Guru)

The post Hala tuju pendidikan negara: Ustaz Mohd Azizee appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5716965107829412903

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item