Hotel di Alor Setar dilempar bom petrol

ALOR SETAR, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kakitangan sebuah hotel di Jalan Lumpur di sini mengalami detik mencemaskan apabila sebuah bom petrol dilempar di premis itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian, yang berlaku sekitar 4.30 pagi itu.

Difahamkan, bom petrol itu dilempar oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal dan memberhentikan motosikal di tepi jalan sebelum melempar bahan letupan itu ke perkarangan hotel.

Tindakannya itu menyebabkan cermin pintu utama hotel berkenaan retak keseluruhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan siapa pelakunya,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

The post Hotel di Alor Setar dilempar bom petrol appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian