Hujan lebat berterusan di Pantai Timur, Johor sehingga 1 Januari
BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang di semua negeri Pantai Timur dan Johor.
Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka bermula Sabtu ini sehingga 1 Januari 2018.
Keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan membabitkan Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah.
Ia turut menjejaskan Terengganu dan beberapa kawasan di Pahang (Kuantan, Rompin dan Pekan.
Tidak terkecuali daerah Mersing di bahagian Johor Timur.
The post Hujan lebat berterusan di Pantai Timur, Johor sehingga 1 Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan