Hujan lebat di Sabah, Sarawak dan Labuan

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Ia dijangka membabitkan beberapa bahagian di Sabah termasuklah Bahagian Pedalaman (daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) serta Kudat (Kudat dan Pitas).

Keadaan sama juga melanda Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara di Sarawak, hujan lebat dijangka menjejaskan Bahagian Miri (daerah Miri), Bintulu, Mukah, Sarikei, Betong, Samarahan dan Kuching (Kuching dan Lundu).

The post Hujan lebat di Sabah, Sarawak dan Labuan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian