ismakualaterengganu

Ibu-bapa atau Guru: Tanggungjawab Siapa?

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصّ...

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Artinya: “Dari Amar bin Syu’aib, dari ayahnya dari datuknya radiyallahuanhu ia berkata: Rasulullah shalallahu alaihi wassalam Bersabda: “Perintahlah anak-anakmu mengerjakan salat ketika berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka karena meninggalkan salat bila berumur sepuluh tahun, dan pisahlah tempat tidur mereka (laki-laki dan perempuan)”. [HR.Abu Daud (no. 495) dalam kitab sholat, Ahmad (II/180, 187) dengan sanad hasan]

Berdasarkan pemahaman hadis diatas, ibubapa adalah tonggak utama pendidikan anak-anak. Merekalah yang mencorakkan anak-anak mereka samada kearah kebaikan atau keburukan sebagaimana maksud hadis-hadis yang lain yang menyentuh isu pendidikn anak-anak.

Tidak dinafikan peranan institusi-institusi lain seperti institutsi masyarakat, institusi pendidikan, media dan lain-lain, membantu membentuk sakhsiah anak-anak secara berterusan dari segala aspek, jasmani, rohani, emosi dan intelektual, namun bahagian ibubapa adalah yang pertama dan terpenting.

Beberapa kes guru diheret ke mahkamah kerana tindakan disiplin terhadap anak murid sendiri adalah sesuatu yang mendukacitakan bahkan memalukan, bukan sahaja kepada profesion perguruan, tetapi kepada seluruh institusi masyarakat sebenarnya, kerana kita ibarat satu bangunan. Sekiranya satu batu-batanya roboh atau lemah nescaya akan roboh juga bahagian yang seterusnya samada cepat ataupun lambat.

Tugas saya sebagai guru di sekolah harian biasa memang mencabar, apalagi sekiranya seorang guru itu merangkap sebagai guru disiplin yang akan memantau dan membentuk disiplin anak-anak dari pelbagai latarbelakang. Guru disiplin juga perlu masuk kelas mengajar seperti guru-guru lain. Justeru, tugas mengawal dan membentuk disiplin pelajar adalah diambil daripada waktu rehat guru itu sebenarnya. Kelibat guru disiplin dengan rotan sentiasa ditangan adalah kelibat yang menggerunkan bagi murid-murid yang berbuat salah atau berniat membuat onar . Pemantauan guru disiplin yang kerap juga menyenangkan tugas guru yang lain untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan. Istimewanya guru disiplin ini, merekalah juga yang selalu dinobatkan oleh para pelajar sendiri sebagai ” Tokoh Guru ” atau ” Guru Penyayang” pada Hari Guru.

Cadangan saya, pihak ibu-bapa dan guru melalui Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) sama-sama duduk semeja dengan lebih kerap dan mengeratkan hubungan melalui pelbagai program bersama. Hanya dengan hubungan yang erat dapat merungkaikan segala salahsangka dan tohmahan yang hanya merugikan anak-anak yang merupakan pewaris agama, bangsa dan negara.

Ibubapa juga perlu dididik agar berlapang dada terhadap apa jua bentuk hukuman yang dikenakan kepada anak-anak mereka selagi mana tidak melampaui batas. Mugkin juga ada sedikit kelompongan pada didikan ibu-bapa sendiri yang menyebabkan anak-anak hilang kawalan diri apabila bersama kawan-kawan dan persekitaran luar rumah.

Guru-guru juga harus sentiasa memantapkan kemahiran perguruan dari pelbagai sudut iaitu emosi, intelektual dan adabiyat sebagai guru yang sabar menunjukan jalan, ibarat “si celik yang menunjuk jalan kepada si buta”, sebagaimana doa Nabi Muhammad saw, “Ya Allah, berilah hidayat kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui antara kebaikan dan keburukan”

 

Ustazah Nur Azimah Abdul Rahman

Ahli i-Guru Melaka

Guru Sekolah Menengah

Sumber

Related

TERKINI 3911478661341662528

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item