ismakualaterengganu

Ibu bapa pulang dari Tanah Suci mandikan sendiri jenazah tiga beradik

BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Batu ...

BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Batu Putih awal pagi Sabtu, memandikan sendiri jenazah anak-anak mereka.

Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad dan isterinya, Rosnani Ibrahim, menerima berita sedih kehilangan anak mereka dari pihak pengurusan umrah, bergegas pulang dari Makkah ke Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

Suami isteri itu selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11 pagi, dan tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman pada jam 3.45 petang tadi.

Pasangan itu tidak dapat menahan sebak, terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, untuk masuk ke bilik Unit Forensik menatap tiga anak mereka yang meninggal dunia.

Anak mereka, Wan Nur Athirah, 27; Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Kuantan di Kampung Batu Putih, Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi, semalam.

Dua lagi penumpang yang bersama mereka iaitu ibu saudara, Salmah Ibrahim serta anaknya, Nurul Aliani Zawawi turut tercedera dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghantar ibu bapa serta adik mereka, mengerjakan umrah pada Khamis lalu.

Jenazah ketiga-tiga beradik disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai sebelum waktu Maghrib sebentar tadi.

The post Ibu bapa pulang dari Tanah Suci mandikan sendiri jenazah tiga beradik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6980703884481327847

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item