iGuru gesa kerajaan gubal akta lindungi profesion keguruan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa pihak kerajaan untuk menggubal akta bagi melindungi para pendidik dalam menjalankan profesion perguruan.

Presidennya, Ustaz Azizee Hasan berkata, tujuan akta itu adalah bagi memastikan para pendidik mendapat pembelaan yang sewajarnya dari sudut undang-undang apabila didakwa di institusi mahkamah oleh mana- mana pihak.

“Banyak kes yang melibatkan para pendidik tidak mendapat perlindungan, bahkan mereka mudah di dakwa atas tuduhan melanggar hak asasi manusia.

“Setakat ini, tiada sebarang peruntukan khas untuk melindungi para pendidik. Jadi kita minta pihak kerajaan lebih peka dan berusaha untuk menggubal akta bagi melindungi para guru,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kes Guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Mohd Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan pelajarnya.

Cikgu Azizan dilaporkan terpaksa bertegas terhadap pelajar berkenaan yang didakwa terbabit perbuatan menghidu gam, bergaduh dan membu

Bagaimanapun semalam beliau dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas pendakwa rayamenarik balik dakwaan tersebut.

Selain itu, Ustaz Azizee berkata, satu kod etika kepada ibu bapa juga perlu diwujud bagi memudahkan hal berkaitan isu disiplin anak- anak mereka.

Katanya, Kod etika ibu bapa ini adalah bertujuan bagi memastikan pelajar yang menerima tindakan disiplin sekolah diberi ruang yang cukup dan adil dari tindakan yang melampau batas.

“Dalam masa yang sama ibu bapa terbabit mengikut sop yang betul supaya mengambil langkah perundingan dan perbincangan yang harmoni dalam menangani isu anak- anak yang menghadapi masalah disiplin,” katanya.

The post iGuru gesa kerajaan gubal akta lindungi profesion keguruan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian