iGuru ucap terima kasih jayakan solidariti untuk Cikgu Azizan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah bersolidariti untuk Cikgu Azizan di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Presidennya, Ustaz Azizee Hasan berkata, pihaknya berharap semua guru akan terus komited dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa.

Guru juga katanya, perlu menjaga etika profesion keguruan dan menjaga imej murni seorang guru.

Pada masa sama, Ustaz Azizee turut meminta semua ibu bapa cakna terhadap pendidikan anak-anak dan juga memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan guru.

Cikgu Azizan yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan hari ini dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan memukul pelajarnya.

Pendakwa raya dilaporkan telah menarik balik dakwaan terhadap Cikgu Azizan.

The post iGuru ucap terima kasih jayakan solidariti untuk Cikgu Azizan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian