Ikan tilapia selamat dimakan, bukan penyebab kanser

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Perikanan Malaysia memberi jaminan bahawa ikan tilapia Malaysia selamat untuk dimakan.

Malah, jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial mendakwa kononnya ikan tersebut tidak boleh dimakan kerana akan menyebabkan penyakit kanser.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak langsung mengeluarkan laporan bahawa ikan tilapia mengandungi sel kanser.

“Tiada artikel saintifik di peringkat dalam dan luar negara berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia,” kata kenyataan itu.

Jabatan itu berkata, tiada juga laporan saintifik mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur dengan hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan ikan di Malaysia.

“Ikan tilapia telah dikenali sebagai ayam akuatik berdasar kepada kelebihan ciri-ciri biologi mudah membiak, cepat membesar dan tahan penyakit.

“Ciri-ciri pemakanannya sebagai herbivor membolehkan ikan ini diternak dengan input makanan tambahan protein yang rendah,” katanya.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan berharap supaya kenyataan itu dapat menjawab segala isu yang dibangkitkan , sekaligus menggesa pihak-pihak tertentu berhenti menyebarkan berita tidak benar.

The post Ikan tilapia selamat dimakan, bukan penyebab kanser appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian