IMAMS: SPRM nafi wujud unsur rasuah

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Tiada unsur atau elemen rasuah wujud dalam pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) buat masa ini, kata Datuk Seri Azam Baki.

Malah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung pelaksanaan IMAMS.

Sebaliknya jelas beliau, isu yang timbul dalam sistem tersebut adalah masalah pentadbiran kerajaan, dan pihaknya tidak perlu membuat sebarang kenyataan memandangkan ianya sudah selesai.

“Ini adalah masalah pentadbiran kerajaan yang setakat ini tiada unsur atau elemen rasuah.

“Saya rasa tak perlu pihak saya buat kenyataan kerana isu sudah selesai,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Ismaweb sebelum ini melaporkan syarikat pengendali IMAMS, Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, mengenakan GST RM7.80 kepada setiap jemaah yang memohon visa umrah dan membeli insurans takaful – RM2.70 untuk visa, dan RM5.10 (insurans).

Malah, status syarikat pengendali IMAMS itu juga diragui, kerana KPK sebelum ini mensyaratkan urusan umrah dan haji hanya diuruskan agensi yang 100 peratus milik orang Islam, termasuk kakitangannya.

Bagaimanapun, sistem yang bertujuan untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah di negara ini, dibatalkan pada hari Sabtu, 16 Disember dalam tempoh 24 jam dari pelancarannya.

The post IMAMS: SPRM nafi wujud unsur rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian