Israel lancar serangan udara di Semenanjung Gaza

SEMENANJUNG GAZA, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pesawat rejim Israel melancarkan beberapa serangan udara di Semenanjung Gaza menyasarkan Briged Al-Qassam, awal hari ini.

Serangan udara rejim Zionis itu membedil kedudukan milik tentera sayap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di kawasan al-Waha, di utara Gaza.

Menurut sumber, kedudukan Qassam di kawasan al-Sudaniya di barat laut Gaza juga dibom sewaktu serangan udara dilancarkan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa, pesawat rejim itu menyasarkan kem latihan di utara Gaza, dan mendakwa serangan itu memusnahkan enam kemudahan berasingan milik Hamas.

Serangan itu dilaporkan berlaku selepas media Israel mendakwa rejim itu diserang oleh dua roket dari Gaza, pada malam Ahad.

Serangan berkenaan berlaku ditengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di wilayah yang diduduki susulan keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.- Agensi

The post Israel lancar serangan udara di Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian