Isu Baitulmaqdis: Lebih 80,000 bantah Trump di Jakarta

JAKARTA, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Lebih 80,000 penduduk Indonesia mengadakan demonstrasi di Jakarta, bagi memprotes keputusan Presiden Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bantahan itu dianjurkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan disokong oleh kerajaan serta pertubuhan Islam.

Para penunjuk perasaan dilaporkan berhimpun di Monumen Nasional dan di luar Kedutaan Amerika di Jakarta.

Demonstrasi ini adalah yang keempat diadakan, selepas Donald Trump mengumumkan Baitulmqdis milik Zionis. 

Menteri Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin dan Gabenor Jakarta adalah antara pemimpin yang hadir ketika demonstrasi tersebut.

Salah seorang penunjuk perasaan, Hendrik Nurdiansyah berkata, keputusan Donald Trump amat menyeksa dan menyakiti perasaan umat Muslim sedunia, bukan hanya di Indonesia. 

“Ini kerana Al-Quds merupakan masjid ketiga paling penting generasi umat Islam, jadi saya rasa ini bentuk perpaduan kita sebagai umat Muslim untuk membela Palestin,” katanya. 

Seorang lagi penunjuk perasaan, Ferry pula menekankan bahawa kemerdekaan itu adalah hak segala bangsa.

“Jadi sekarang tindakam Israel sudah kita tahu bahawa hak Palestin itu adalah hak bagi warga-warga Palestin iaitu Baitulmaqdis,” katanya.

Mereka yang hadir demonstrasi mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin dan menggesa Trump menarik balik kenyataannya. – Agensi

The post Isu Baitulmaqdis: Lebih 80,000 bantah Trump di Jakarta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian