ismakualaterengganu

Isu Baitulmaqdis: Mapim lancar Intifada Asean

Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut seruan ulama terke...

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut seruan ulama terkenal Dr Yusuf Qaradawi dengan melancarkan Intifada Asean, bagi membantah Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, manifestasi Intifada Asean akan diterjemahkan menerusi usaha memboikot Amerika Syarikat (AS) dan Israel serta menuntut semua pelaburan dipindah keluar dari negara itu.

Beliau berkata, gerakan Intifada Asean itu akan menjadi pembinaan gelombang penentangan secara berterusan terhadap AS dan Israel berkaitan isu pembebasan Palestin di rantau ini.

“Sebagai agenda mengerakkan Intifada Asean ini, MAPIM akan mengembleng seluruh masjid dirantau Asean untuk bergabung dalam Alliansi Masjid Mempertahankan al-Aqsa (AMSA) sebagai sebuah platform bagi membangkitkan perlawanan ke atas agenda Zionis Yahudi yang memperalatkan Amerika Syarikat.

“Mesej utama Intifada ialah pembebasan Baitulmaqdis dan Palestin serta mempertahankan Masjid al-Aqsa. Mapim yakin dengan Intifada dari bawah yang disokong oleh pemerintah, isu Baitulmaqdis akan sentiasa segar dan aktif,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, katanya, semua ahli Parlimen Asean juga digesa bergabung dan menyatakan pendirian mereka terhadap isu Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

“Mapim akan mengambil inisiatif untuk menghubungi seluruh Ahli Parlimen Asean supaya mengadakan persidangan khas untuk isu yang berkenaan dan merumus serta melulus usul khas mengenai isu Jeruselem untuk diketengahkan kepada komuniti antarabangsa.

“Intifada Asean juga akan mengembleng masyarakat untuk melancarkan pelbagai gerakan dan kempen anti kolonialisasi Amerika Syarikat dan pengYahudian Baitul Maqdis oleh Zionis melalui pelbagai saluran seperti media sosial dan media perdana, untuk mendesak Trump membatalkan keputusannya,” katanya.

The post Isu Baitulmaqdis: Mapim lancar Intifada Asean appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 32254594652716679

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item