Isu Baitulmaqdis: Trump, AS pengganas sebenar

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Pengumuman Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan keputusan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke tapak suci umat Islam itu, bakal mengundang parah.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, beliau yakin pengumuman Trump semalam bakal mencetuskan keganasan yang lebih buruk di Palestin.

“Saya merasakan akan tercetus keganasan yang berbagai tetapi bukan ‘terrorist’ lagi tetapi ianya untuk mempertahankan hak.

“Pengganas sebenar adalah Trump dan AS, kerana pihak yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi dan konflik kepada dunia Islam hari ini,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net pada Himpunan Aman Solidariti Ummah Baitulmaqdis di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman Trump itu membuktikan bahawa dia sememangnya seorang yang jahil dengan sejarah perkembangan agama dunia.

Malah katanya, Trump juga disifatkan sebagai pemerintah yang mencaturkan politik jijik dengan matlamat melaga-lagakan masyarakat Arab dan Israel.

“Dia sengaja melaga-lagakan Islam dengan Yahudi, sedangkan dia Kristian dan Trump cuba berlepas tangan dengan perkara ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan Trump dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan provokasi serta huru-hara kepada dunia,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, isu berkaitan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa wajib menjadi perhatian serta tanggungjawab semua umat Islam.

“Tindakan Trump itu, kita bimbang bukan kita bahkan pencinta demokrasi juga khuatir dengan pelakuan itu boleh mencetuskan perang dunia ketiga. Ia menunjukkan ke arah menghancurkan dunia,” katanya.

Beliau juga meluahkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di kebanyakan negara-negara Islam, seolah-olah gagal berperanan dalam isu tersebut.

“Apa yang kita lihat di kalangan dunia Islam Arab hari ini, apabila bercakap nak serang atau bermusuh dengan Israel, maka dianggap sebagai pelampau, radikal dan bermacam lagi label lain.

“Manakala pihak yang toleransi dengan Israel dianggap sebagao orang dipuja. Kesalahan ini patut diletak kepada orang Arab yang mana otak mereka telah dibasuh sehingga menjadi begini.

“Mana-mana negara yang lunak dengan perjuangan Palestin seperti Qatar maka disenarai hitam, dan sekarang Turki pula,” katanya.

The post Isu Baitulmaqdis: Trump, AS pengganas sebenar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian