Isu Baitulmaqdis: Umat Islam di Filipina adakan protes tentang keputusan Trump

MANILA, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Ratusan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi protes di Manila, Filipina, hari ini bagi mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sambil memegang plakad anti-AS, para penunjuk perasaan beramai-ramai berarak ke kedutaan Israel di ibu negara Filipina itu.

Penunjuk perasaan menaikkan plakad gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan dicontengkan tanduk dan taring padanya.

Press TV melaporkan turut berlaku pertengkaran antara polis dan penunjuk perasaan, tetapi tidak ada laporan mengenai kecederaan atau sebarang penangkapan.

Pada 6 Disember lalua, Trump mengumumkan keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke tanah yang diduduki dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian dan amarah umat Islam seluruh dunia dan masing-masing melakukan protes sebagai tanda bantahan terhadap keputusan itu. – Agensi

The post Isu Baitulmaqdis: Umat Islam di Filipina adakan protes tentang keputusan Trump appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian