Isu Cikgu Azizan: iGuru mohon ibu bapa pelajar, mahkamah ambil penyelesaian harmoni

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Ahad – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) berharap pihak mahkamah dan ibu bapa kepada pelajar yang memfailkan saman terhadap Cikgu Mohd Azizan, dapat menyelesaikan kes dengan penuh bijaksamana serta harmoni.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya berasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Cikgu Mohd Azizan.

“iGuru berharap ibu bapa pelajar berkenaan tidak terburu-buru membuat pendakwaan dan sewajarnya mencari jalan muzakarah dan perbincangan.

“Penghukuman adalah satu bentuk pendisiplinan dan penta’diban demi membina akhlak pelajar dan ibu bapa seharusnya memberikan kerjasama kepada pihak sekolah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini, Cikgu Mohd Azizan dinyatakan akan dihadapkan ke mahkamah pada hari esok, 19 Disember atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Beliau akan dihadapkan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban 2A.

Guru tersebut dilaporkan mendenda murid di sekolahnya, Sekolah Kebangsan Taman Semarak atas beberapa kesalahan antaranya menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.

Bersimpati terhadap keadaan Cikgu Azizan, Ustaz Azizee berkata, pihaknya memberi sokongan penuh dan bersolidariti kepada Cikgu Azizan atas usaha beliau dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua warga guru menjaga imej dan profesion keguruan agar martabat guru dihormati dan disegani.

The post Isu Cikgu Azizan: iGuru mohon ibu bapa pelajar, mahkamah ambil penyelesaian harmoni appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian