Isu Rohingya: Dublin tarik balik anugerah Suu Kyi

DUBLIN, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Ahli Majlis Dublin semalam mengundi untuk menarik balik anugerah yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi sebagai membantah cara wanita itu mengendali krisis keganasan muslim Rohingya di negara berkenaan.

Majoriti ahli dewan menyokong langkah untuk menarik balik anugerah ‘Freedom of the City of Dublin’, dengan 59 undi menyokong ketika dua undi menentang dan seorang lagi tidak hadir.

Keputusan itu dibuat selepas lebih 620,000 minoriti muslim Rohingya di Myanmar melarikan diri melintasi sempadan ke Bangladesh.

Suu Kyi berdepan kritikan hebat antarabangsa kerana kegagalannya mempertahankan etnik Rohingya sehingga krisis berkenaan bertambah buruk.

“Penindasan harian Rohingya tidak boleh berterusan dan jika penarikan balik penghormatan ini menyumbang kepada tekanan kerajaan Myanmar, maka kita berbuat demikian,” kata ahli majlis, Cieran Perry.

Dianggarkan hanya 300,000 Rohingya kekal di negeri utara Rakhine sejak penindasan besar-besaran bermula pada Ogos lalu, dan sekitar 300 etnik minoriti itu terus menyeberangi sempadan setiap hari.

Bangladesh dan Myanmar bulan lalu, menandatangani perjanjian untuk memulangkan pelarian Rohingya meskipun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa keadaan masih belum selamat untuk berbuat demikian.- Agensi

 

The post Isu Rohingya: Dublin tarik balik anugerah Suu Kyi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian