Isu solat berjemaah pelajar sekolah: Pengerusi PAGE terus dikritik

BANGI, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Rata-rata masyarakat terutamanya golongan wanita Muslimah menyelar kenyataan negatif Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) berhubung isu solat berjemaah bagi pelajar sekolah.

Norhayati Mohd Salleh, 53, menyatakan kekesalan dan marah dengan kenyataan negatif Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Rahim seolah-olah cuba mengenepikan peranan agama persekutuan.

“Bila kita terlalu toleran dengan agama dan bangsa lain, kita seolah mengiktiraf kefasadan dan kekufuran sehingga bimbang pelajar Cina dan India menukar sekolah jka peraturan Islam dilaksanakan.

“Sekolah yang berada di Malaysia di mana agama Islam adalah agama Persekutuan, maka wajarlah semua ikut cara hidup Islam dan solat berjemaah pula merupakan suatu kewajiban,” katanya.

Seorang pendidik, Norsaadah Hassan, 35, bersetuju dengan usaha kewajiban solat itu kerana solat adalah salah satu tajuk bagi matapelajaran Pendidikan Islam bagi tingkatan satu.

“Pastinya ada amalan teori dan praktikal yang perlu diselarika. Untuk itu solat berjemaah di sekolah pada waktu Zuhur dapat memberi ruang kepada pelajar melaksanakannya. Jika ada masalah berkaitan solat, guru dengan mudah dapat membetulkan dan memberi penerangan kepada pelajar,” katanya.

Pesara guru, Asmahriah Wan Ibrahim, 48, pula menegaskan bahawa pelajar bukan Islam tidak dipaksa menunaikan solat.

“Apa masalahnya? Kita sebagai ibu bapa bersyukur kerana anak-anak dipandu ibadah mereka oleh guru-guru yang berilmu,” katanya.

Pesara guru, Azizah Che Awang, 58, juga turut menyatakan pendapatnya.

“Apabila ibu bapa Muslim seolah-olah tiada keyakinan kepada sekolah dalam merealisasi kemenjadian holistik anak-anak mereka, pedih dan pilu jiwa raga para insan yang bergelar guru.

“Ke mana nak dicampak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Standard Guru Malaysia ( SGM) dan pelbagai dasar pendidikan yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta spiritual (JERIS),” katanya.
Selain itu, seorang suri rumah Khasliza Sapuan, 42, yang mempunyai beberapa orang anak di sekolah menengah turut mengambil kesempatan melontarkan pandangan mengenai isu berkenaan.

“Kem Bestari Solat telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan sejak 10 tahun yang lepas merupakan program J-QAF yang wajib dilaksanakan. Sepatutnya tiada isu untuk diaplikasikan di Sekolah Menengah.”

Sementara itu, Dr Faridah Zulkhaini, 33, pula menceritakan pengalamannya mengenai isu tidak diperuntukkan waktu solat Asar di sekolah tempat anaknya belajar.

“ Ini pengalaman sendiri, anak di sekolah agama petang tidak diperuntukkan waktu untuk solat Asar. Apabila dipanjangkan kepada guru besar, beliau mengatakan nanti tidak cukup masa mengajar dan agak sukar untuk mengatur kelas bergilir-gilir keluar pergi solat. Jadinya, habis sekolah jam 6.15 barulah boleh solat Asar. Itu pun atas inisiatif murid-murid sendiri,” katanya.

The post Isu solat berjemaah pelajar sekolah: Pengerusi PAGE terus dikritik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian