Isu tanah: Felda kena bayar RM2 bilion. Betul ke ni?

BANGI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Kegagalan pihak atasan Felda menguruskan aset dengan baik, dijadikan modal bagi sesetengah pihak untuk memburukkan lagi nama baik agensi kerajaan itu.

Terbaru, menjadi tular di media sosial beberapa berita palsu yang mendakwa ‘Felda kena bayar 2 bilion untuk miliki tanah itu semula’

Laporan itu didakwa menggunakan gambar temubual eksklusif Berita Harian bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menerusi BHTV.

Terkejut dengan berita palsu itu, Shahrir menafikan beliau ada menyebut berkenaan bayaran RM2 bilion seperti yang didakwa berita berkenaan.

“Mana ada kita cakap Felda kena bayar RM2 bilion untuk dapatkan kembali tanah itu, semuanya mengarut, hentikanlah.

“Mereka menggunakan gambar BH ketika temubual tempoh hari untuk dapatkan kepercayaan umum, maka saya meminta BH supaya memberitahu masyarakat yang berita itu adalah palsu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Bagaimanapun carian Ismaweb berkaitan berita berkenaan tidak dijumpai, berkemungkinan sudah dipadam.

Isu ini mula timbul apabila media mendedahkan tanah Felda di Jalan Semarak, dianggarkan bernilai RM200 juta, telah bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Shahrir sendiri mengesahkan dan mengakui agensi tanah Persekutuan itu hilang tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak apabila ia dipindah milik tanpa pengetahuan Felda.

Pertukaran hak milik secara rahsia itu dipercayai dilakukan pada 2015, ketika Isa Samad menjadi Pengerusi Felda.

The post Isu tanah: Felda kena bayar RM2 bilion. Betul ke ni? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian