Jabatan Kesihatan Kelantan rampas 65 liter air zam zam

KOTA BHARU, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas 65 liter air zam zam bernilai RM2,249 dalam operasi di 45 premis perniagaan di seluruh negeri ini sejak 13 Dis lepas hingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, operasi itu dilakukan selepas kerajaan Arab Saudi melarang penjualan air zam zam, yang diragui ketulenan dan keselamatannya, kepada pengguna di mana-mana premis termasuk kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negara sebelum ini.

“Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

“Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia dan operasi pemeriksaan akan terus dijalankan secara berkala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata air zam zam diperoleh daripada bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah
Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan
hidrologi daripada pengeksport.

“Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ahmad Razin berkata, pihaknya amat peka dan prihatin terhdap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan akan membuat
pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan.

Pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi laman sesawang di
http://ift.tt/2CFqnDf atau laman sosial Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Kelantan di http://ift.tt/2BxW1mE jika mendapati masih terdapat penjualan air zam-zam di pasaran. -Bernama

The post Jabatan Kesihatan Kelantan rampas 65 liter air zam zam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian