Jamal Yunos ditahan reman dua hari ancam Zaid

BANGI, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan reman ekoran ancaman yang dibuat ke atas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar direman selama dua hari bermula hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Jamal ditahan oleh Pasukan Siasatan Khas (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

The post Jamal Yunos ditahan reman dua hari ancam Zaid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian