ismakualaterengganu

JOM BOIKOT LELAKI, PEREMPUAN JADIAN!

SAYA tak pernah komen mengenai identiti   #Nursajat  sebab saya tak pernah tengok bukti pasal dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempua...

SAYA tak pernah komen mengenai identiti #Nursajat sebab saya tak pernah tengok bukti pasal dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal daripada lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.

Perhatian utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara umum mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pula?

Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

Bukan lelaki kahwin lelaki.

Bukan perempuan kahwin perempuan.

Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.

Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki.

Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.

Saya ulang sekali lagi, lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan selain ini. FULL STOP.

Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.

Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah sokong. Makin sokong makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka makin terpesong, jom kita boikot mereka supaya apabila miskin mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT. 

#SayNoToLGBTQ
#BoikotOrangJadian
#JomBoikot

Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017

The post JOM BOIKOT LELAKI, PEREMPUAN JADIAN! appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5680806107570719250

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item