Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun

KOTA BHARU, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 12,493 orang setakat pukul 1 tengah hari, berbanding 13,736 orang pada 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 53 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 8,034 mangsa daripada 3,473 keluarga yang ditempatkan di 31 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,365 mangsa (1,175 keluarga) di lapan PPS.

Selain itu, 814 mangsa (242 keluarga) ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 133 mangsa (34 keluarga) di dua PPS di Kota Bharu, 91 mangsa (22 keluarga) di dua PPS di Gua Musang dan dua PPS di Tanah Merah menempatkan 56 mangsa (15 keluarga).

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang kekal kepada 10.34 meter pada 12 tengah hari ini, sama seperti pada 8 pagi tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.52 meter berbanding 3.55 meter tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 1 tengah hari ini dan cuaca mendung. – Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian