ismakualaterengganu

Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurang

KOTA BHARU, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 10,608 orang setakat 8 pagi, berbanding 11,278 pada...

KOTA BHARU, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 10,608 orang setakat 8 pagi, berbanding 11,278 pada 9 malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 6,652 mangsa daripada 2,936 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,704 orang (1,319 keluarga) di lapan PPS.

Di Kota Bharu, terdapat 102 mangsa (25 keluarga) di dua PPS, 121 mangsa (30 keluarga) di tiga PPS di Pasir Puteh dan 29 mangsa (lapan keluarga) di sebuah PPS di Tanah Merah.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang menurun kepada 10.25 meter pada 7 pagi ini berbanding 10.37 meter pada 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula turun kepada 3.46 meter berbanding 3.50 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my, melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 8 pagi ini dan cuaca dilaporkan mendung. -Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 728559772143763023

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item