Kabinet tak diberitahu IMAMS dikendali syarikat swasta: Zahid
KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet tidak diberitahu bahawa ‘Integrated Manasik Monitoring System’ (IMAMS) akan dikendalikan oleh syarikat luar.
Katanya, sistem tersebut ada dibawa ketika mesyuarat Kabinet, tetapi tidak ada taklimat terperinci yang diberikan.
“Kabinet telah dimaklumkan tentang sistem untuk mendaftarkan jemaah umrah, yang juga akan menetapkan garis panduan dan kaedah tertentu untuk melindungi mereka.
“Ia tidak melibatkan pelantikan mana-mana syarikat untuk menguruskan sistem, atau ia akan diberikan kepada sumber luar,” katanya seperti dilapor The Star.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Agung Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) ke-42 pada hari Ahad.
Sistem IMAMS bertujuan untuk menjadi satu-satunya cara permohonan visa umrah ke Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Sistem itu bertujuan untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah di negara ini, dibatalkan pada hari Sabtu, 16 Disember dalam tempoh 24 jam dari pelancarannya.
Ianya menyebabkan kebimbangan ramai pihak berikutan caj tertentu yang dianggap sebagai kos tambahan untuk melaksanakan umrah.
Zahid berkata, beliau mengalu-alukan keputusan untuk membatalkan sistem Imams kerana kerajaan tidak mahu syarikat swasta menggunakan sistem tersebut untuk mengenakan sebarang caj.
Mengulas samada wujud motif politik di sebalik pembatalan itu, Zahid berkata, pembatalan itu adalah disebabkan oleh protes, bukan hanya dari agen perjalanan yang menawarkan pakej umrah, tetapi juga dari beberapa NGO dan pemimpin agama di Malaysia.
“Saya tidak fikir terdapat unsur-unsur politik dalam perkara ini, tetapi saya berbau sesuatu yang mencurigakan.
“Sepertinya sesetengah pihak cuba mengambil keuntungan dari sistem itu, kerana seseorang yang tidak pernah pergi ke umrah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat itu,” katanya.
BERITA PENDEDAHAN ISMAWEB MENGENAI IMAMS:
1. (EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: RM90.10 mesti dibayar secara prepaid, membebankan jemaah
2. (EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: GST untuk tunai perintah Allah
3. VIDEO | Taklimat IMAMS dan pengendali umrah
4. Kata Pedang: Pelik kalau nak buat umrah pun kena GST
5. Kerajaan tetap kenakan GST untuk umrah
6. GST umrah berkuat kuasa hari ini
7. MURAH! Kata Timbalan Menteri Pelancongan mengulas caj tambahan umrah
8. Siapa syarikat pengendali IMAMS yang jaga umrah
The post Kabinet tak diberitahu IMAMS dikendali syarikat swasta: Zahid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan