ismakualaterengganu

Kebakaran di California: Lebih 100,000 diarah berpindah

CARPINTERIA (California), 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kebakaran hutan yang besar berlaku di seluruh California Selatan sejak Isnin lalu, ...

CARPINTERIA (California), 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kebakaran hutan yang besar berlaku di seluruh California Selatan sejak Isnin lalu, menyebabkan ramai penduduk berhampiran telah berpindah keluar daripada kediaman mereka.

Kejadian itu kini memasuki hari kelima hari ini menyebabkan 141,000 ekar hutan terbakar di negeri berkenaan sehingga menyebabkan 5,700 anggota bomba dikerah menjalankan operasi memadam dan mengawal kebakaran.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, kebakaran itu memaksa 190,000 penduduk setempat berpindah.

Menurut ahli meteorologi, keadaan udara kering dan angin kencang diramalkan sehingga Ahad bakal menjejaskan lagi kebakaran itu.

Ketua Bahagian Bomba, Nick Shculer berkata, penduduk di kawasan berhampiran perlu bersedia untuk berpindah walaupun tinggal di kawasan yang tidak terjejas kebakaran.

“Mereka perlu bersedia kerana ianya tidak diduga, memandangkan kebakaran masih berterusan sehingga hari ini,” katanya.

Pada Selasa lalu, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Gracetti telah mengumumkan status darurat bagi mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan terjejas.- Agensi

The post Kebakaran di California: Lebih 100,000 diarah berpindah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1041540987157046362

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item